Wednesday, March 26, 2014

Dalam kenangan MH370

8Mac 2014 Malaysia di gemparkan dengan berita kehilangan pesawat penumpang MH370. Yang dilaporkan hilang dari radar.
Malaysia bersedih dengan apa yang jadi, tidak dapat di pastikan apa yang sebenarnya berlaku. Pelbagai teori yang di keluarkan oleh wira-wira papan kekunci. kadang-kadang ada yang tak masuk diakal. 
Tapi ini ujian dari Allah untuk hambanya yang sedang lena di ulit mimpi. Dalam pada kita bersedih kita di gemparkan lagi dengan berita beberapa anak muda yang meninggal di dalam konsert festival music. Allahuabkbar terduduk seketika mengenang kan cara nyawanya di ambil oleh malaikat maut. Berdoalah semoga nyawa kita di akhiri di tempat yang baik dalam keadaan yang baik. Allah maha berkuasa.
24 Mac 2014 Perdana Menteri memberitahu pesawat berakhir di lautan hindi. Ya Allah dengan kedalaman 7000m kebawah bagaimana kami harus mencari. Permudahkanlah Ya Allah.
Sehingga kini usaha mencari masih lagi di teruskan. 

Di sebalik musibah yang Allah turunkan ada kemanisan nya. seluruh umat islam bermunajat memohon pada Allah. Umat islam sujud menyerah diri pada Allah. Dikala kudrat membatasi diri kami berserah. Usaha tetap usaha. 
sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah lebih hebat.

Allah hebatnya perancaganmu.. Ya Allah di saat nyawa mereka telah tiada satu dunia mendoakan kesejahteraan mereka. mendoakan keselamatan mereka. beruntungnya mereka Ya Allah. Bila nanti akan di solatkan pula berapa ramai yang akan hadir untuk solatkan mereka. Ya Allah kami tidak tahu bagaimana cara kami mati nanti. Kami berdoa moga nyawa kami di akhiri dengan baik. dan kami juga ingin kan syurgamu walaupun pada dasarnya kami ini tidak layak tapi kami tetap berharap. 

Ya Allah kami masih lagi berharap semoga pesawat MH370 akan ditemui.. Harapan kami menggunung Ya Allah. Bantulah kami, Hanya padamu kami berharap.

aminn ya rabbal alamin...

Wahai Rasulullah s.a.w

Wahai Rasulullah,
Tika ini, Jika Engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras air matamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu.

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi Tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan dan janji ketuhanan,
Ibadah di rasa berat tidak tertahan,
Al-quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
Barah di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tidak berarah,
Amat jauh lah keikhlasan ibadah.

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa dan kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih di cintai dari cintaimu,
Cinta Allah dan Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu.

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun di rasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebantar,
Bila di tepis ia tidak lagi berkunjung,
Taubat kami kurang kesesalan,
Tiada penghayatan tiada keinsafan,
Hati kian berkarat, di penuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya kami masih merasa layak ke syurga idaman.

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga di tayang dan di hias berlebihan,
Di tagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak peduli murka Tuhan,
Bapa dan Suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan Tuhan.

# ini bukan idea dari saya, dari seseorang hamba Allah yang saya lupa siapa.


Friday, December 27, 2013

KISAH TELEKUNG AWAM

Selamat pagi korang2 sume.. memandang kan aku da mula bekerja sekarang masa sangat lah terhad untuk aku menghabiskan masa di laman2 sosial.. 
Pernah tak korang bila keluar lupa bawak telekung bila nak solat. Nak dijadikan cerita aku ada singgah ke giant lepas beli barang singgah lah solat memandang kan aku tak bawak telekung aku pun pikir nk guna jelah telekung yang ada dekat surau 2.. Tapi yang buat aku rasa nak marah yelah bila tengok tak ada 1 pun telekung yang bersih. kebanyakkan telekong terkena make up yg di cuci dengan bersih. ada kesan lipstik lah celak lah kesan bedak asas lah.. 
Aku kadang tak paham gan orang2 ni.. kalo ia pun muka 2 da di make up sblm solat bersih kan lah betul2.. orang len pn nk guna jgk telekong 2.haishhhh nak marah da besar kalo tak marah menjadi2 pulak...
tapi aku respect dan berterima kasih sangat dengan puan Azila aziz dr page TELEKUNG PROJECT. sebab aku di paham kan ada beberapa tempat yang dia tolong basuh kan telekong awam ni..
sampai sini jelah bebelan aku.. ada masa aku bebel lagi.

Monday, October 28, 2013

SET SLIMMING SHAKLEE

Malu bila di panggil gemuk, pelbagai gelaran yang anda dapat. Kurang keyakinan diri, Jangan risau dengan SET SLIMMING SHAKLEE boleh membantu anda tampil dengan penuh keyakinan..



Dapatkan segera selagi stok masih ada. Anda ingin membeli dengan harga ahli pm/sms saya di 0107170592.

Saturday, October 26, 2013

SET KESUBURAN

assalamualaikum semua.. sihat ker??? 
Ramai ke yang dah berkahwin tapi belum mempunyai anak?? 
Mungkin belum ada rezeki lagi di kurniakan anak. Tapi kita kena berusaha dan ikhtiar untuk mendapatkannya. USAHA+DOA+TAWAKAL. 
Banyak faktor yang menyebabkan sukar hamil. Antaranya kegemukan, period tidak stabil,kekacauan emosi, dll. 

Saya ingin perkenalkan anda dengan produk kesuburan Shaklee. Dimana ianya dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan anda. Set kesuburan shaklee di jamin selamat dan mendatangkan kesan sampingan. Jika anda kekurangan bajet. Saya ada menyediakan set bajet kesuburan untuk anda.
Jika anda ingin dapatkan info lanjut atau ingin bertanya tentang kesuburan anda boleh sms/wechat/whatsapp saya. saya akan menerangkan dengan lebih lanjut. 

Friday, October 25, 2013

Perkenalkan ini puteri kami yang pertama nama dia Ain Soffiyah binti Mohd Faizal. Sekarang ni umur dia 1tahun 4bulan 26.6.2012.  Alhamdulillah dia membesar dengan sihat. 

Assalamualaikum

My First Entry ^-^

Memberi maaf dan memaafkan sgt dituntut dlm islam.. maafkan lah org2 yg menyakiti dan menganiaya kamu redhakanlah. jgn di sebb kn kamu tidak memaafkan kamu terpaksa beratur panjang di mahkamah allah untk menyelesaikn kes kamu yg kcl ini.