Wahai Rasulullah,
Tika ini, Jika Engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras air matamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu.
Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi Tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan dan janji ketuhanan,
Ibadah di rasa berat tidak tertahan,
Al-quran bukan lagi panduan kehidupan.
Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
Barah di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tidak berarah,
Amat jauh lah keikhlasan ibadah.
Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa dan kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih di cintai dari cintaimu,
Cinta Allah dan Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu.
Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun di rasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebantar,
Bila di tepis ia tidak lagi berkunjung,
Taubat kami kurang kesesalan,
Tiada penghayatan tiada keinsafan,
Hati kian berkarat, di penuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya kami masih merasa layak ke syurga idaman.
Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga di tayang dan di hias berlebihan,
Di tagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak peduli murka Tuhan,
Bapa dan Suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan Tuhan.
# ini bukan idea dari saya, dari seseorang hamba Allah yang saya lupa siapa.
No comments:
Post a Comment